SURAT TIDAK RASMI
UCAPAN TAHNIAH ATAS PENERIMAA OLAHRAGAWAN HARAPAN
213,Kampung Jarak Atas,
13310 Tasek Gelugor,
Seberang Perai,
Pulau Pinang
28 Mei 2015
Menemui sahabatku, Rozita yang kini berada di Selangor, semoga sihat sejahtera .
Sahabatku,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah kepada saudari atas kejayaan meraih anugerah olahragawati harapan sekolah.Saya mendapat tahu tentang kejayaan saudari daripada rakan kita, Aisyikin yang sekelas dengam kita dahulu.
Saya berpendapat bahawa anugerah ini merupakan satu penghargaan yang amat besar buat diri saudari.Saudari sememangnya layak menerima pengiktirafan ini memandangkan selama ini saudari telah berusaha bursungguh-sungguh dan begitu gigih.semangat yang saudari tunjukkan menjadi contoh kepada rakan-rakan lain yang ingin berjaya
Saya dan rakan-rakan yang lain akan terus mendoakan saudari agar terus berjaya dalam bidang sukan.Saya berharap agar saudari sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh,selain menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi dalam sukan yang saudari ceburi.Namun begitu,saya berharap kotmitmen yang serupa saudri tunjukkan dalam bidang pelajaran kerana kejayaan dalam bidang sukan tidak bermakna tanpa diiringi kejayaan dalam bidang akademik
Sebenarnya untuk pengetahuan saudari,saya dan rakan-rakan menumpang bangga atas kejayaan saudari.Kejayaan saudari itu menjadi pendorongkepada kami untuk berjaya dalam apa-apa lapangan yang kami ceburi.Harapan saya agar saudari berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menempa nama pada peringkat negeri dan kebangsaan pula.
Setakat ini sahaja kandungan surat saya buat kali ini.Semoga berjumpa lagi dalam lembaran yang lain.Sekian,terima kasih
sahabatmu
Asyikin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan